Program Sifar Salah Laku Disiplin 2009

Posted on June 22, 2009 in Uncategorized by serimaharajalela

SMK Dato’Seri Maharaja Lela, Kg.Gajah dengan kerjasama PDRM – IPK Perak Tengah akan melancarkan Program Sifar Salah Laku Disiplin tahun 2009 pada 24/06/2009 (hari Rabu) bertempat di Dewan Utama SMK Dato’Seri Maharaja Lela, Kg.Gajah pada jam 9.00 pagi. Ibu bapa pelajar sekolah ini telah dijemput untuk turut serta bersama pelajar dalam majlis pelancaran ini yang akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Perak Tengah. Kemuncak majlis ini ialah pelancaran Peti Aduan Polis yang akan dipasang dalam kawasan sekolah.

Kem Gemilang Sains Pertanian Daerah Perak Tengah 2009

Posted on June 21, 2009 in Uncategorized by serimaharajalela

Pada 20/6/2009 telah diadakan Kem Gemilang Sains Pertanian Tahun 2009 Peringkat Daerah Perak Tengah. Kem berjalan lancar mengikut perancangan yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Penyertaan: 112 calon SPM 2009 dengan moto `kami berazam menyumbangkan ke arah kecemerlangan SPM untuk negeri Perak’. Nota : Pencapaian Mata Pelajaran Sains Pertanian SPM 2008 bagi Daerah Perak Tengah 92%  (Kebangsaan 72%)

Urusetia kem mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tn.Hj.Zaid Sahlan, En.Alimin Shukor dan Tn.Syed Azelan Syed Abu Hassan di atas sumbangan tenaga untuk menjayakan kem. Kepada tuan rumah SMKCL,  SMK DSML selaku Panitia Daerah bagi M/P Sains Pertanian mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama menyediakan tempat/alatan/urusan jamuan dll.

HARI TEMU WARIS (2) TAHUN 2009

Posted on June 17, 2009 in Uncategorized by serimaharajalela

Hari Temu Waris akan dilaksanakan mengikut takwim sekolah iaitu pada 27/06/2009 (Sabtu). Pada tarikh berkenaan berkebetulan dengan hari persekolahan ganti cuti hari raya. PIBG telah merangka program Keibubapaan (parenting) dimana bermula jam 8.30 pagi, acara untuk ibu bapa dilaksanakan di Dewan Utama. Penceramah khas telah dijemput untuk memberi motivasi kepada ibu bapa sehingga jam 10.00 pagi. Bagaimanapun pelajar akan mengikuti kelas seperti biasa sehingga waktu rehat (jam 10.20 pagi) dan acara temu waris bermula jam 10.30 pagi dalam kelas anak masing-masing. Ibu bapa boleh mendapatkan maklumbalas daripada guru tingkatan berkaitan perkembangan akademik dan sahsiah anak masing-masing.

Pihak sekolah mengharapkan kehadiran ibu bapa yang ramai bermula jam 8.30 pagi dan memberikan respons yang positif kepada program ini.

HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2009

Posted on June 17, 2009 in Uncategorized by serimaharajalela

Hari Koperasi 2009 (Peringkat Sekolah) akan diadakan pada 26/06/2009 (Jumaat). Pelancarannya akan dilaksanakan di Dewan Utama SMK Dato’Seri Maharaja Lela.

Tahniah ! Koperasi SM Dato Seri Maharaja Lela Berhad di atas komitmen dan kejayaannya dalam mengembangkan kegiatan koperasi sekolah.

Hello world!

Posted on June 17, 2009 in Uncategorized by serimaharajalela

Welcome to your brand new blog at Edublogs.

To get started, simply log in, edit or delete this post and check out all the other options available to you.

Also, please consider becoming an Edublogs Supporter – you can remove ads from yours and other blogs, upload up to 5GB or audio, video and every other sort of content and access great features under your ‘Plugins’ menu.

Supporters are what keeps Edublogs running and providing free blogs for education, so give it a go today :)

For assistance, take time to view our some helpful introductory videos, read through our Frequently Asked Questions (FAQ) or stop by The Edublogs Forums to chat with other edubloggers.

You can also subscribe to our brilliant free publication, The Edublogger, which is jammed with helpful tips, ideas and more.

And finally, if you like Edublogs but want to be able to simply create, administer, control and manage hundreds of student and teacher blogs at your school or college, check out Edublogs Campus… it’s like Edublogs in a box, all for you.

Thanks again for signing up with Edublogs!